Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Pengajaran MPV

Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran

SOALAN APLIKASI KBAT DALAM P&P

SOALAN UNTUK BERFIKIR

Benjamin Bloom, 1976, mengemukakan jenis-jenis soalan yang sesuai untuk menggalakkan pelajar melakukan pelbagai jenis aktiviti berfikir:

a. Untuk aktiviti belajar ilmu pengetahuan, proses yang diperlukan ialah daya ingatan. Pelajar perlu menghafal dan mengingat maklumat yang diajarkan oleh guru. Kemudian pelajar hanya perlu mengingat kembali maklumat-maklumat itu.  Contoh jenis soalan yang sesuai untuk proses mengingat ialah: " Di manakah Hang Tuah berjumpa Tun Teja"

b. Untuk aktiviti memahami apa yang dipelajari, proses yang digunakan ialah mengungkapkan semula apa yang didengar, menukarkan perkataan dengan perkataan lain dan membandingkan satu maklumat dengan maklumat lain. Contoh jenis soalan yang sesuai untuk proses-proses tersebut ialah :

"Pada pendapat kamu mengapakah Hang Tuah sanggup menolak cinta Tun Teja?"

SOALAN UNTUK KREATIF


Kementerian Pendidikan Negeri Victoria, Australia 1986 menyenaraikan tujuh jenis soalan yang dapat merangsang pelajar untuk berfikir secara kreatif iaitu supaya mereka menerbitkan pelbagai jawapan dan penyelesaian. Ketujuh-tujuh jenis soalan itu boleh digunakan di dalam pelbagai mata pelajaran

1. Soalan Jumlah

a. Berapakah jenis senjata yang digunakan oleh orang-orang Melaka untuk melawan Portugis?

b. Berapakah jenis batang pisang yang digunakan oleh orang-orang Singapura untuk menahan serangan ikan todak?