Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Pengajaran MPV

Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Monday 12 December 2011

Strategi Untuk Mengembangkan Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir tidak perlu diajarkan dengan cara tulisan. Mengajar kemahiran berfikir secara tulisan tidak sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Berfikir dengan cara menulis adalah proses yang berat bagi kanak-kanak. Untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sekalipun mereka boleh diajar berfikir tanpa menggunakan tulisan, selain daripada cara-cara menggunakan tulisan

1) Cara Lisan

Guru boleh mengajar kanak-kanak berfikir dengan cara soaljawab, kuiz, dialog dan perbincangan. kaedah ini menjimatkan masa. Terdapat beberapa cadangan latihan yang dapat dibuat dengan cepat:

a) Dikenali sebagai seluruh darjah dimana guru mengemukakan soalan latihan kepada semua murid. Guru bertanya, murid-murid menjawab

b) Kumpulan kecil dimana murid-murid dikelompokkan dalam kumpulan 5 atau 6 orang. Semua kumpulan membuat latihan yang serupa dengan cara perbincangan dan perah otak. Setelah siap perbincangan, mereka melantik wakil kumpulan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka kepada seluruh rajah.

c) Kumpulan yang bergabung dengan kumpulan lain, dimana setiap kumpulan menyelesaikan kerja masing-masing dan kemudian satu kumpulan bergabung dengan kumpulan lain. Kemudian, mereka saling membandingkan hasil kerja mereka.



2) Penampilan Visual

Guru boleh mengajar kanak-kanak berfikir dengan menyuruh mereka mengemukakan idea-idea mereka secara visual. Kaedah ini sangat digemari oleh kanak-kanak kerana ia banyak persamaan dengan proses bermain

Antara cara dan bahan-bahan yang boleh digunakan ialah ;

* Kertas, pensel, krayon, cat dan lain-lain untuk melukiskan idea-idea mereka
* Gambar-gambar daripada majalan, akhbar dan buku skrap untuk digunting dan dicantum

No comments:

Post a Comment