Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Pengajaran MPV

Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Friday 16 December 2011

Strategi-strategi dalam pengajaran kemahiran berfikir

Mengikut kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strateg juga bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Dengan perkataan yang lain strategi ini merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Oleh hal yang demikian, di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :

i) penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.

ii) Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.

iii) Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.

iv) Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum.

v) Penggunaan bahan pelajaran engikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik mengajar.

vi) Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut :

i) strategi penggabungjalinan kemahirn-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis.

ii) Strategi penyerapn nilai-nilai murni dalam pengajarn sesuatu mata pelajaran.

iii) Strategi integrasi fkt-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.

iv) Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhn kelas dengn kaedah kumpulan.

v) Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dlam kelas bercantum.

Secara ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan strategi pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.1 Strategi utama dalam pengajaran kemahiran berfikir

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber/bahan, berasaskan tugasan/aktiviti (Mok Soon Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber/bahan dan strategi tugasan/aktiviti.

1.1.1 Strategi Pemusatan Murid

Program KBSR menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam strategi ini murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid ini digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Pengajaran dalm bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak penglibatan murid apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Antara teknik yang digunakan dalam strategi ini dalah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran.

1.1.2 Strategi berasaskan sumber/bahan

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, video cakera padat, televisyen, projektor dan komputer. Bahan pembelajaran pula adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat ujikaji dan komputer. Penggunaan multimedia, CD ROM,Internet, E-mai, halaman web dan pelbagai sofware yang merangsangkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh perkembangan minda dan daya intelektual pelajar Dalam menjalankan aktiviti pengajaran menggunakan bahan atau sumber, aktiviti pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa melibatkan penglibatan guru. Ini membantu mereka untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah dan mencapai sesuatu keputusan. Ini menggalakan pemikiran kritis dan kritikal.

1.1.3 Strategi berasaskan tugasan/aktiviti

Aktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid-murid untuk mencapai objektif pelajaran. Melaui aktiviti murid, potensi intelek, rohani, sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Di samping itu, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan melaui aktiviti berasaskan tugasan. Terdapat beberapa jenis aktiviti dan tugasan yang boleh dijlankan antaranya ialah aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membina model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.

Thursday 15 December 2011

Strategi dan Teknik Mengajar Berfikir

Pengenalan



Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan matlamat. Falsafah Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru. Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang boleh mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Kepakaran guru amat diperlukan dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi dan teknik yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.





2.0 STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR




Rajendran ( 2010) menghuraikan pelbagai strategi dan teknik mengajar kemahiran berfikir yang boleh diamalkan oleh guru-guru di bilik darjah. Strategi dan teknik tersebut diringkaskan dalam Rajah 1 berikut;










2.1 TEKNIK PENYOALAN
Kaedah yang paling kerap dan popular digunakan oleh guru-guru untuk merangsang pelajar berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah teknik penyoalan. Guru-guru boleh membentuk dan mengemukakan soalan-soalan mengikut aras seperti yang dikelaskan dalam Taksonomi Bloom.

















ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR

UNIT 1 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
1.0 KONSEP DAN DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)

Unit ini bertujuan untuk memapar dan membincangkan topik-topik berkaitan dengan definisi dan konsep Kemahiran Berfikir. Anda akan didedahkan dengan konsep-konsep berkaitan seperti penggunaan Taksonomi Soalan (Taksonomi COGAFF, dari Bloom (1956) dan Krathwohl (1964)); elemen-elemen seperti kognitif, afektif, metakognitif, dan reflektif dan kaitannya dengan pembelajaran; konsep berhubung dengan Kecerdasan mental (IQ) dan Kecerdasan Emosi (EQ) dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya konsep berhubung dengan kebolehan melahirkan idea dan berkomunikasi dalam konteks penggunaan dakwaan dan hujah juga akan disentuh dalam unit ini. Kandungan Unit 1 secara khusus adalah seperti berikut:

1. Konsep dan definisi Kemahiran Berfikir (KB)
1.1 Konsep
1.2 KB Dari Perpepektif Sejarah
1.3 Definisi
1.4 Domain Kognitif
1.5 Domain Afektif
1.6 Metakognitif
1.7 Reflektif

2. Kemahiran Berfikir dan kaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran;
2.1 Penggunaan soalan – ‘COGAFF Taxonomy’
2.2 Penggunaan peta-minda
2.3 Penggunaan graphic-organizer
2.4 Penggunaan de Bono CoRT 1


3. EQ (Kecerdasan Emosi) dan kaitannya dengan pembelajaran
4. Kemahiran berfikir dari perspektif komunikasi: penyataan idea dan pendapat.
4.1 Penyataan dakwaan
4.2 Penyataan hujah
4.3 Dakwaan objektif
4.4 Dakwaan subjektif
4.5 Hujah yang baik
4.6 Hujah tidak baik
4.7 Hujah yang ‘valid’
4.8 Hujah yang ‘tidak valid’

Bahan Bacaan yang Sangat Baik
























Binalah Ilmu Pengetahuan Kemahiran Berfikir Anda Dari Semasa ke Semasa
































Guru Kemahiran Berfikir

Guru yang mengajar kemahiran berfikir tidak dapat mengawal setiap
faktor dan proses perkembangan pelajar dalam kemahiran itu.
Selain daripada guru, faktor-faktor yang memepengaruhi proses

perkembangan kemahiran pelajar termasuk:

* Diri pelajar itu sendiri


* Kurikulum kemahiran berfikir yang digunakan

*Peraturan yang digunakan di sekolah

*Perubahan baru pada teknik mengajar yang digunakan oleh guru

*Perubahan baru pada teknik mengajar yang digunakan oleh guru

* Perubahan baru pada teknik belajar yang diperkenalkan kepada pelajar

* Prosedur yang digunakan untuk menilai keberkesanan kurikulum

Wednesday 14 December 2011

Kemahiran Berfikir dan Tenaga Manusia

Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Modenisasi dan perkembangan teknologi ,membawa bersamanya pelbagai cabaran yang memerlukan tenaga manusia yang cekap, cekal dan boleh berfikir aras tinggi. Sistem ekonomi yang sudah ditransformasikan telah mengubah corak dan pola dunia pekerjaan, Seseorang pekerja dijangka akan menukar jenis pekerjaan yang dilakukan sebanyak 5 hingga 8 kali dalam hayatnya disebabkan perubahan teknologin yang pesat di tempat kerja.
namun demikian tenaga pekerja harus dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran berfikir dan belajar yang membolehkan mereka mempelajari teknologi baru dengan mudah dan dalam masa yang amat singkat selaras dengan perubahan teknologi yang terlalu pantas.

Arah aliran ekonomi Malaysia menuju kepada perkembangan industri berteknologi tinggi dan ke arah negara berinovasi pada tahun 2012 memerlukan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi serta berjiwa kental bagi menghadapi sebarang cabaran.

Antara kemahiran yang diperlukan ialah pengendalian maklumat, menyelesai masalah dnegan cekap, bekerjasama, berkomunikasi dengan baik, berfikir secara kritis dan kreatif ( Perkins, 1986)

Tuesday 13 December 2011

Biologi Pemikiran oleh John Arul Phillips




Kadangkala terdengar orang mengatakan. " Dia tidak menggunakan otaknya", " Otak saya beku". Sebenarnya yang dimaksudkan ialah tidak dapat berfikir dengan betul. Walaupun otak disamakan dengan pemikiran, keduanya adalah tidak sama.


Otak ialah organ fizikal yang mempunyai berat 325g bagi orang dewasa dan ditempatkan dalam kranium yang dikelilingi membran berisi bendalir. Kranium dan bendalir ini memberi perlindungan kepada otak.

Walaupun teknologi komputer telah berkembang dengan begitu pesat, otak manusia masih lebih kompleks daripada sebarang komputer pada masa kini

Setiap hari manusia perlu menyelesaikan amsalah dan membuat keputusan dan organ yang membolehkan perkara-perkara ini dilakukan ialah otak. Otak merupakan pusat penyelarasan dengan bahagian-bahagian lain dalam badan.

Otak menentukan kebolehan seseorang, berfikir, mengingat, membuat keputusan, menaakul, menyelesai masalah sambil peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran. Kes-kes dimana individu mengalami kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu otak menjejas keupayaan memproses bahasa, mengingat dan memahami.


Perkara yang menarik perhatian para penyelidik ialah kaitan antara aktiviti pemikiran dan aktivit-aktiviti fizikal pada otak


Setakat ini diketahui bahawa perubahan-perubahan kimia serta aktiviti elektromagnetik wujud waktu individu berfikir


Aktiviti-aktiviti neural ini dikesan menggunakan alat perakam yang canggih. Antaranya ialah alat perakam EEG atau electroencephalograph yang merakam pola gelombang otak melalui elektrod yang dipasang pada kepala seseorang.




Monday 12 December 2011

Kepintaran Logik-Matematik oleh David Lazear



Corak Pemikiran Logik

Katakan Apa Yang Anda Maksudkan: Maksudkan Apa Yang Anda Katakan

Fasa 1: Pemahaman Mengenai Corak Kognitif

Permulaan :

Latihan ini disediakan untuk anda lakukannya sendiri. Namun begitu, anda akan mendapatinya lebih menarik dan menyeronokkan jika anda membuatnya dengan seorang rakan ataupun kumpulan.


Proses Asas :

Latihan 1 memeperkenalkan anda kepada pelbagai jenis perancang kognitif atau peta. Perancang ini adalah rekabentuk visual bagi proses pemikiran logikal. Latihan 2 menyuruh anda menganalisis sebuah cerita menggunakan perancang.

Latihan 1 : Menggunakan Perancang Kognitif

1. Berikut ialah sepuluh perancang kognitif, setiap satu menggunakan visual yang menggambarkan corak pemikiran logikal. Teliti setiap perancang dan cuba latihan senarionya (atau seelok-eloknya, hasilkan suatu senario sendiri)

* Diagram Venn ( Bezakan dan banding Pemikiran )
* Web ( Pemikiran Pemerah Otak/ Mengilham Fikiran )
* Tangga Penempatan ( Mengikut Keutamaan Susunan Keutamaan/Pemikiran
Berdasarkan Keutamaan)
*Matriks ( Pemikiran Berdasarkan Klasifikasi)

Aplikasi Kemahiran Berfikir oleh Abdullah Hassan & Ainon

Kemahiran berfikir biasanya diajarkan sebagai aktiviti tambahan bagi pelar-pelajar yang pintar supaya menerima pendidikan yang lebih luas daripada kurikulum sekolah yang ada.

Guru-guru dan ibubapa memainkan peranan secara langsung atau tidak langsung mencipta keadaan-keadaan di mana mereka akan terdorong untuk berfikir secara divergen serta mengasah bakat inventif yang ada pada mereka.

Mereka digalakkan supaya mengemukakan pendapat secara terbuka dan dibiarkan cuba menyelesaikan pelbagai masalah dengan menggunakan pelbagai proses berfikir secara logikal dan kreatif

Di Malaysia ,pelajar-pelajar yang terpilih belajar di Maktab rendah Sains MARA sebagai contoh, belajar kurikulum berfikir dimana mereke diberikan silibus CoRT Dr Edward de Bono. Sesetengah sekolah menubuhkan pelbagai kelab dan perstauan yang mengadakan pelbagai aktiviti supaya pelajar-pelajar yang pintar mendapat peluang mengasah kemahiran berfikir terutama kemahiran kreatif

Strategi Untuk Mengembangkan Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir tidak perlu diajarkan dengan cara tulisan. Mengajar kemahiran berfikir secara tulisan tidak sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Berfikir dengan cara menulis adalah proses yang berat bagi kanak-kanak. Untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sekalipun mereka boleh diajar berfikir tanpa menggunakan tulisan, selain daripada cara-cara menggunakan tulisan

1) Cara Lisan

Guru boleh mengajar kanak-kanak berfikir dengan cara soaljawab, kuiz, dialog dan perbincangan. kaedah ini menjimatkan masa. Terdapat beberapa cadangan latihan yang dapat dibuat dengan cepat:

a) Dikenali sebagai seluruh darjah dimana guru mengemukakan soalan latihan kepada semua murid. Guru bertanya, murid-murid menjawab

b) Kumpulan kecil dimana murid-murid dikelompokkan dalam kumpulan 5 atau 6 orang. Semua kumpulan membuat latihan yang serupa dengan cara perbincangan dan perah otak. Setelah siap perbincangan, mereka melantik wakil kumpulan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka kepada seluruh rajah.

c) Kumpulan yang bergabung dengan kumpulan lain, dimana setiap kumpulan menyelesaikan kerja masing-masing dan kemudian satu kumpulan bergabung dengan kumpulan lain. Kemudian, mereka saling membandingkan hasil kerja mereka.



2) Penampilan Visual

Guru boleh mengajar kanak-kanak berfikir dengan menyuruh mereka mengemukakan idea-idea mereka secara visual. Kaedah ini sangat digemari oleh kanak-kanak kerana ia banyak persamaan dengan proses bermain

Antara cara dan bahan-bahan yang boleh digunakan ialah ;

* Kertas, pensel, krayon, cat dan lain-lain untuk melukiskan idea-idea mereka
* Gambar-gambar daripada majalan, akhbar dan buku skrap untuk digunting dan dicantum

Sunday 11 December 2011

Tahap Berfikir oleh Ainon & Abdullah

Mengajar kemahiran berfikir bukanlah mengajar logik, tetapi mengajar daya persepsi.

Sehingga hari ini, apabila orang bercakap tentang cara berfikir, apaka yang dimaksudkan ialah cara berfikir secara logik, terutama logik Aristotle.

Logik bersifat nyata dan langsung, oleh itu dapat kita lihat. Logik terdiri daripada suatu set peraturan. Oleh itu, kesilapan logik terjadi apabila peraturan tidak dipatuhi.

Peraturan permainan bola ialah suatu jenis logik. Matematik ialah contoh logik yang terbaik, dalam erti kata lain, matematik ialah sistem logik yang sempurna.