Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Pengajaran MPV

Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Friday, 16 December 2011

Strategi-strategi dalam pengajaran kemahiran berfikir

Mengikut kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strateg juga bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Dengan perkataan yang lain strategi ini merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Oleh hal yang demikian, di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :

i) penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.

ii) Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.

iii) Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.

iv) Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum.

v) Penggunaan bahan pelajaran engikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik mengajar.

vi) Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut :

i) strategi penggabungjalinan kemahirn-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis.

ii) Strategi penyerapn nilai-nilai murni dalam pengajarn sesuatu mata pelajaran.

iii) Strategi integrasi fkt-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.

iv) Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhn kelas dengn kaedah kumpulan.

v) Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dlam kelas bercantum.

Secara ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan strategi pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.1 Strategi utama dalam pengajaran kemahiran berfikir

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber/bahan, berasaskan tugasan/aktiviti (Mok Soon Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber/bahan dan strategi tugasan/aktiviti.

1.1.1 Strategi Pemusatan Murid

Program KBSR menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam strategi ini murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid ini digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Pengajaran dalm bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak penglibatan murid apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Antara teknik yang digunakan dalam strategi ini dalah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran.

1.1.2 Strategi berasaskan sumber/bahan

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, video cakera padat, televisyen, projektor dan komputer. Bahan pembelajaran pula adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat ujikaji dan komputer. Penggunaan multimedia, CD ROM,Internet, E-mai, halaman web dan pelbagai sofware yang merangsangkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh perkembangan minda dan daya intelektual pelajar Dalam menjalankan aktiviti pengajaran menggunakan bahan atau sumber, aktiviti pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa melibatkan penglibatan guru. Ini membantu mereka untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah dan mencapai sesuatu keputusan. Ini menggalakan pemikiran kritis dan kritikal.

1.1.3 Strategi berasaskan tugasan/aktiviti

Aktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid-murid untuk mencapai objektif pelajaran. Melaui aktiviti murid, potensi intelek, rohani, sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Di samping itu, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan melaui aktiviti berasaskan tugasan. Terdapat beberapa jenis aktiviti dan tugasan yang boleh dijlankan antaranya ialah aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membina model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment