Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Pengajaran MPV

Pemikiran Kritis dan Kreatif Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Monday, 12 December 2011

Kepintaran Logik-Matematik oleh David Lazear



Corak Pemikiran Logik

Katakan Apa Yang Anda Maksudkan: Maksudkan Apa Yang Anda Katakan

Fasa 1: Pemahaman Mengenai Corak Kognitif

Permulaan :

Latihan ini disediakan untuk anda lakukannya sendiri. Namun begitu, anda akan mendapatinya lebih menarik dan menyeronokkan jika anda membuatnya dengan seorang rakan ataupun kumpulan.


Proses Asas :

Latihan 1 memeperkenalkan anda kepada pelbagai jenis perancang kognitif atau peta. Perancang ini adalah rekabentuk visual bagi proses pemikiran logikal. Latihan 2 menyuruh anda menganalisis sebuah cerita menggunakan perancang.

Latihan 1 : Menggunakan Perancang Kognitif

1. Berikut ialah sepuluh perancang kognitif, setiap satu menggunakan visual yang menggambarkan corak pemikiran logikal. Teliti setiap perancang dan cuba latihan senarionya (atau seelok-eloknya, hasilkan suatu senario sendiri)

* Diagram Venn ( Bezakan dan banding Pemikiran )
* Web ( Pemikiran Pemerah Otak/ Mengilham Fikiran )
* Tangga Penempatan ( Mengikut Keutamaan Susunan Keutamaan/Pemikiran
Berdasarkan Keutamaan)
*Matriks ( Pemikiran Berdasarkan Klasifikasi)

Aplikasi Kemahiran Berfikir oleh Abdullah Hassan & Ainon

Kemahiran berfikir biasanya diajarkan sebagai aktiviti tambahan bagi pelar-pelajar yang pintar supaya menerima pendidikan yang lebih luas daripada kurikulum sekolah yang ada.

Guru-guru dan ibubapa memainkan peranan secara langsung atau tidak langsung mencipta keadaan-keadaan di mana mereka akan terdorong untuk berfikir secara divergen serta mengasah bakat inventif yang ada pada mereka.

Mereka digalakkan supaya mengemukakan pendapat secara terbuka dan dibiarkan cuba menyelesaikan pelbagai masalah dengan menggunakan pelbagai proses berfikir secara logikal dan kreatif

Di Malaysia ,pelajar-pelajar yang terpilih belajar di Maktab rendah Sains MARA sebagai contoh, belajar kurikulum berfikir dimana mereke diberikan silibus CoRT Dr Edward de Bono. Sesetengah sekolah menubuhkan pelbagai kelab dan perstauan yang mengadakan pelbagai aktiviti supaya pelajar-pelajar yang pintar mendapat peluang mengasah kemahiran berfikir terutama kemahiran kreatif

Strategi Untuk Mengembangkan Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir tidak perlu diajarkan dengan cara tulisan. Mengajar kemahiran berfikir secara tulisan tidak sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Berfikir dengan cara menulis adalah proses yang berat bagi kanak-kanak. Untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sekalipun mereka boleh diajar berfikir tanpa menggunakan tulisan, selain daripada cara-cara menggunakan tulisan

1) Cara Lisan

Guru boleh mengajar kanak-kanak berfikir dengan cara soaljawab, kuiz, dialog dan perbincangan. kaedah ini menjimatkan masa. Terdapat beberapa cadangan latihan yang dapat dibuat dengan cepat:

a) Dikenali sebagai seluruh darjah dimana guru mengemukakan soalan latihan kepada semua murid. Guru bertanya, murid-murid menjawab

b) Kumpulan kecil dimana murid-murid dikelompokkan dalam kumpulan 5 atau 6 orang. Semua kumpulan membuat latihan yang serupa dengan cara perbincangan dan perah otak. Setelah siap perbincangan, mereka melantik wakil kumpulan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka kepada seluruh rajah.

c) Kumpulan yang bergabung dengan kumpulan lain, dimana setiap kumpulan menyelesaikan kerja masing-masing dan kemudian satu kumpulan bergabung dengan kumpulan lain. Kemudian, mereka saling membandingkan hasil kerja mereka.



2) Penampilan Visual

Guru boleh mengajar kanak-kanak berfikir dengan menyuruh mereka mengemukakan idea-idea mereka secara visual. Kaedah ini sangat digemari oleh kanak-kanak kerana ia banyak persamaan dengan proses bermain

Antara cara dan bahan-bahan yang boleh digunakan ialah ;

* Kertas, pensel, krayon, cat dan lain-lain untuk melukiskan idea-idea mereka
* Gambar-gambar daripada majalan, akhbar dan buku skrap untuk digunting dan dicantum

Sunday, 11 December 2011

Tahap Berfikir oleh Ainon & Abdullah

Mengajar kemahiran berfikir bukanlah mengajar logik, tetapi mengajar daya persepsi.

Sehingga hari ini, apabila orang bercakap tentang cara berfikir, apaka yang dimaksudkan ialah cara berfikir secara logik, terutama logik Aristotle.

Logik bersifat nyata dan langsung, oleh itu dapat kita lihat. Logik terdiri daripada suatu set peraturan. Oleh itu, kesilapan logik terjadi apabila peraturan tidak dipatuhi.

Peraturan permainan bola ialah suatu jenis logik. Matematik ialah contoh logik yang terbaik, dalam erti kata lain, matematik ialah sistem logik yang sempurna.